Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Sememangnya sejak merdeka, Kerajaan telah menjadikan bidang pendidikan
sebagai agenda utama negara. Kerajaan juga menyedari pelaburan dalam
bidang ini adalah prasyarat kepada sebuah negara yang makmur dan
pembangunan rakyat yang sejahtera. Lalu, setiap tahun menyaksikan
peruntukan besar dan kali ini 21 peratus daripada keseluruhan bajet.
Namun, didapati hasil yang diperolehi tidak setara dengan pelaburan yang
telah dibuat. Maka, pada 11 September lepas, Kerajaan melalui
Kementerian Pelajaran telah melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi memastikan sistem pendidikan negara
akan mampu mengoptimumkan potensi setiap anak Malaysia.
Bagi Bajet 2013, sebanyak 38.7 bilion ringgit telah diperuntukkan
kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.
Blog ini di perbangunkan untuk kemudahan setiap guru dan pelajar memahami dan mengikuti sistem pembelajaran Pendidikan Muzik di Malaysia. Dibangunkan oleh: Puan Azlina Ahmad PPG/BM/00649/2012/KIC PPG BAHASA MELAYU 2012-2016 Dari kolej KIRKBY Malaysia
Monday, 29 October 2012
PENDIDIKAN MUZIK PENTING TAK?
Apa pentingnya pendidikan muzik di sekolah?
RAMAI orang terutamanya dari negara dunia ketiga termasuklah di Malaysia menganggap muzik tidak penting. Muzik sering dikaitkan untuk tujuan berhibur semata-mata tetapi kalau boleh bikin duit, itu paling bagus.
Sebabnya, di negara kita tidak ramai yang telah menjadi kaya raya kerana muzik. Kalau ada pun, bilangannya boleh dibilang dengan jari.
Lebih baik jadi doktor, peguam atau apa juga pekerjaan yang lain. Sebagai budak pejabat sekali pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka ada gaji tetap setiap bulan.
Itu mentaliti kita tentang muzik. Kita hanya melihat muzik daripada skop yang cukup sempit. Bidang muzik atau peranannya dianggap tidak penting seperti kerjaya-kerjaya lain.
Seolah-olah kita menidakkan kekuatan spiritual alunan tiupan saksofon pemuzik seperti Kenny G misalnya, berbanding terapi seorang doktor sakit jiwa terhadap pesakitnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)